Sunday, 2 April 2017

MANDI WAJIB SELEPAS BERSALIN (WILADAH)

Ramai yang terlepas pandang bagi yang beragama islam tentang mandi wiladah atau mandi wajib selepas bersalin....antara yang kaum2 ibu yang kadang-kadang terlupa nak mandi wajib..ni antara syarat-syarat mandi wajib :
1. Keluar darah haid dan nifas (darah yang keluar mengiringi bayi ketika bersalin)
2. Wiladah (melahirkan anak)
3. Berjima' (bersetubuh)
4. Keluar air mani walaupun sedikit
5. Mati selain mati syahid.

So, pada kaum ibu yg terlepas pandang, lepas ni jangan lupa ya...MJ hanya ingatkan jek.... uolls juga diingatkan untuk mengingatkan yang lain....kadang-kadang terlupa benda yang wajib dibuat rupanya kita x buat...MJ paham, kita ni lepas bersalin, dengan penat pon tak habis lagi mane lar nk ingat bende ni semua....

Ade jugak sesetengah ibu akan bertanya. Mcm ne nk mndi wajib lah MJ, klu ank menangis. Its not issue ok.... mase uolls keluar dari labour room, husband uolls akan tolong tolak kerusi roda dari labour room ke wad kn...kalau nak kate nk susu anak, uolls boleh susukan mase kat labour room...lepas husband hantar uolls kat wad, mntak tolong jagakan ank kejap ataupon lepas 2 atau 3 jam uolls rehat kat wad n anak pon tengah tido, mntk tlg nurse jga kan ank. Mase tu lar uolls g wandi wiladah ni...

MJ bukan marah.tp mengingatkan jek...

Tuesday, 27 September 2016

PERSIAPAN UNTUK BAKAL IBU SEBELUM BERSALIN

Persiapan Untuk Bakal Ibu Sebelum Bersalin


         Bagi pasangan yang baru sahaja berkahwin, semestinya berita yang sangat gembira apabila mengetahui isteri anda mengandungkan zuriat anda. Sama juga dgn MJ apabila mendapat tahu MJ mengandung. Tetapi, Allah lebih sayangkannya. Kandungan yang pertama MJ hanya setakat 10 minggu sahaja. MJ berpantang selama 100 hari. Mama MJ memang menjaga MJ macam orang dulu-dulu berpantang. Selama berpantang MJ duk dengan mama di Muar, Johor. Tapi, berpantang orang yang keguguran berlainan dengan orang yang berpantang bersalin...Nanti MJ akan berkongsi cerita bagaimana orang yang berpantang keguguran ini.
   
         Kat sini MJ nak berkongsi persiapan sebelum bersalin untuk kandungan yang ke-2. MJ nak sarankan kalau uolls semua nak bli persiapan untuk uolls dan anak uolls nanti masa kandungan 4 bulan iaitu 16 minggu. Ini kerana kandungan 4 bulan tu macam dah cukup matang la... Maksudnyer dah melekat betul pada rahim.
   
         Tapi uolls, sebelum tu  1. Jangan Lupa Pergi Ke Klinik Desa/Klinik Kesihatan Kerajaan Berhampiran Rumah Anda. (maksudnyer kene buat buku ler). Dapat je tau uolls mengandung kene pergi klinik kerajaan. Dulu mase kandugan MJ yang pertama tu MJ tak tau nak pergi klinik kerajaan ni. MJ cuma pergi cek dekat klinik swasta jek. Tapi klinik swasta yang tempat MJ pergi ni tak de pun dia suruh pergi lagi untuk cek lagi. Masa gugur tu je lar pergi untuk kali kedua. MJ sarankan uolls pergi kat KLINIK KERAJAAN ni sebab dia akan bagi tarikh untk cek yang akan datang sampai lar kita bersalin. Memang lama kene tunggu tapi ini kan untuk anak kita sendiri. Kalau nak cepat kene cek kene pergi pagi-pagi. Tolong nurse tu buka pintu. Confirm dapat yang 1st sekali. Hahahahah.....MJ luper nak bagitau. Uolls nak pergi klini kene bawak dokumen ni. : 
                                1. Salinan sijil perkahwinan 
                                2. Salinan IC suami 
                                3. Salinan IC isteri.
Kene siap-siap fotostat ok. Karang jangan sampai kat klinik baru sebok-sebok nak fotostat.

          2. Beli Persiapan Untuk Ibu Dan Anak Semasa Kandungan 4 Bulan. Bagi yang berkemampuan tu boleh lar beli sekali gus tapi bagi yang tak berkemampuan tu boleh mula beli barang anak dan ibu cikit-cikit sebab sekarang ni barang bayi mahal. Nanti korang baca lar baru korang tau kenapa MJ suruh bli barang cikit-cikit. Kat cini MJ nak share  
Penyediaan Untuk Berpantang :
        1. Baju dalam untuk menyusu.
        2. Stokin
        3. Nursing Bra Pad (Ada Dijual Di SINI)
        4. Bengkung (Ada Dijual Di SINI)
        5. Baju Sejuk
        6. Tuala Wanita
        7. Jamu / Set Berpantang (Ada Dijual Di SINI)
        8. Duit yang perlu disediakan untuk tukang urut 3 hari .
        9. Nursing Pillow.(Alas Duduk khas untuk Ibu yang bersalin normal.) (Ada Dijual Di SINI)

Penyediaan Barang Bayi :
       1. Baju Saiz NEW BORN (5 pasang)- tak payah bli banyak-banyak sebab bayi cepat membesar.
       2. Baju Sais S (5 pasang )
       3. Barut Bayi. (10 pasang) (Ada Dijual Di SINI)
       4. Sarung Tangan. (10 pasang)
       5. Sarung Kaki. (10 pasang)
       6. Selimut Bayi. (3 pasang)
       7. Kain Lampin (5 pasang)
       8. Bedung Bayi  (5 pasang) (Ada Dijual Di SINI)

       9. Set Bayi (Ada Dijual Di SINI)
      10. Lampin Pakai Buang Saiz New Born (NB)beli untuk stok sebulan dalam 4 beg)
      11. Nappy Liners.beli sekotak jek sebab sekotak tu ade 100 pcs. boleh gune sampai anak no 2.
      12.Wet Tissu - yang ni kene beli bayak sebab nak pakai sampai umur anak 6 bulan
      13. Spray air

Sekarang semua barang dah ade. Uolls tinggal tengah tunggu ari jer. 3. Barang yang perlu dibawa untuk ke hospital untuk barang ibu perlu diasingkan dengan barang bayi. So, kat sini kene bawak 2 beg dan 1 bekas bakul air.
Beg yang pertama- barang Ibu.
       1. Stokin 2 pasang
       2. Kain Batik 2 helai.
       3. Baju 2 helai.
       4. Seluar 1 helai.
       5. Seluar Dalam 4 helai
       6. Baju Dalam 3 helai
       7. Nursing Bra Pad 4 helai.
       8. Tuala Wanita 10 keping
Beg yang kedua - barang Bayi. uolls perlu asingkan 1 set pakaian bayi dan masukkan dalam plastik untuk dibawa ke bilik bersalin.
       1.Baju Saiz NEW BORN (4 pasang)
       2. Barut Bayi. (4 pasang)    
       3. Sarung Tangan. (3 pasang)
       4. Sarung Kaki. (3 pasang)
       5. Selimut Bayi. (2 pasang)
       6. Kain Lampin (1 pasang)
       7. Bedung Bayi  (3 pasang)
       8. Set Bayi.
       9. Lampin Pakai Buang Saiz New Born (NB) - bawak 1 beg pon tak per.
      10.Wet Tissu -bawak sebekas
      11. Spray air.
Pakaian yang perlu diasingkan untuk bawak ke bilik bersalin ialah : Diingatkan hanya 1 set sahaja
       1.Baju Bayi Sahaja. seluar bayi tak payah
       2. Barut Bayi.     
       3. Sarung Tangan.
       4. Sarung Kaki.
       5. Selimut Bayi. (2 pasang)
       6. Kain Lampin (1 pasang)
       7. Lampin Pakai Buang Saiz New Born (NB)

Friday, 12 August 2016

BABYNEST MURAH DAN SELESA

BABYNEST

Kami menyediakan babynest dengan menggunakan kain cotton, fibre, span dan tali untuk memudahkan si ibu melonggarkan baby nest ini.

Kini ianya dijual dengan harga mampu milik iaitu RM 110 tidak termasuk harga pos.

Percuma : Bantal +Sarung Bantal
Tawaran harga bagi 50 pengunjung sahaja.

Harga sebenar rm 130++
Sila WhatsUp No 019-9408731 untuk keterangan lanjut.

Wednesday, 10 August 2016

TUNGKU BAYI



TUNGKU BAYI
Tungku ini terdiri daripada bahan-bahan herba seperti:
habbatus sauda, jintan manis, halba, lada hitam, biji sawi dan herba lain.

CARA PENYIMPANAN :  Simpan di tempat kering.

FUNGSI:
      - mengelakkan perut bayi dari dimasuki angin atau kembung perut
2    -mengecutkan pusat bayi apabila dituam di sekeliling pusat bayi  
3    -mengelakkan angin pasang bagi bayi lelaki apabila dituam di sekeliling zakar bayi lelaki
4    -memanaskan badan bayi apabila dituam selepas mandi.


CARA PENGGUNAAN: 
Boleh dipanaskan tungku bayi herba ini pada seterika atau tungku ibu. Sebelum dituam di perut bayi, sila pastikan dulu tahap kepanasannya dengan merasa di belakang tapak tangan si ibu kerana kulit bayi teramat sensitif jika terlalu panas. Seeloknya tuamlah bayi anda selepas sahaja dimandikan. Bayi anda akan merasa selesa.

HARGA : RM10.00 (EXC POSTAGE)

Sila WhatsUp No 019-9408731 untuk keterangan lanjut.

Featured Post

PERSIAPAN UNTUK BAKAL IBU SEBELUM BERSALIN